Rabu, 18 Mei 2011

Pertandingan Rekacipta & Inovasi Peringkat IKMSP 2011

1.        PENGENALAN
Dewasa ini dunia semakin mencabar dari segala aspek kehidupan. Manusia berlumba-lumba menghasilkan ciptaan produk yang berkualiti dan berinovasi bagi menjamin  kehidupan yang selesa pada masa hadapan. Justeru itu, Jawatankuasa Rekacipta, Inovasi & Kreatif mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan projek rekacipta & inovasi di dalam bidang kejuruteraan di IKM Sg. Petani. Ini akan membuka peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar IKM Sg. Petani untuk berusaha menghasilkan ciptaan produk yang mampu dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Aktiviti ini juga membolehkan pelajar-pelajar mahupun tenaga pengajar mengembangkan  ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran kejuruteraan yang menjurus kepada penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi terkini dalam  kehidupan. Aktiviti ini juga merupakan langkah permulaan untuk memilih projek-projek yang sesuai untuk dibawa ke Pertandingan Inovasi Peringkat MARA.
Disamping itu juga, secara tidak langsung aktiviti ini akan dapat mempromosikan IKM Sg. Petani melalui hasil ciptaan produk oleh pelajar-pelajar dan pengajar–pengajar  IKM Sg. Petani. Lantas, ianya mampu memberikan kesan yang positif dari sudut  persepsi dan tanggapan masyarakat terhadap institusi ini sebagai institusi kemahiran yang disegani dan unggul.

2.        OBJEKTIF
1.      Melahirkan pelajar-pelajar dan pengajar – pengajar  yang berdaya saing dalam pembangunan rekacipta & kreativiti.
2.      Mengembangkan kemahiran dengan mencipta produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
3.      Menaik taraf imej IKM Sg. Petani sebagai institusi kemahiran melalui jalinan hubungan dengan pihak luar.

3.        PENGANJUR
Jawatankuasa  Rekacipta, Inovasi  & Kreatif (RIK) IKM Sg. Petani

4.        TARIKH
28  dan 29 September 2011 (Rabu & Khamis)

5.        TEMPAT
Dewan Mesra Perdana IKM Sg. Petani, Kedah

6.        SYARAT- SYARAT PENYERTAAN
6.1      Terbuka kepada semua pelajar & pengajar IKM Sg. Petani
6.2      Penyertaan secara berkumpulan(2-3 orang) dan mestilah sekurang-kurangnya seorang pelajar di dalam setiap kumpulan.
6.3      Kategori rekacipta ialah :  Terbuka dan Kit Pembelajaran.
6.4      Kategori pemilihan ialah:
i.         Elektrik & Elektronik – SKEI, SKEK & SKED
ii.       Seni & Rekabentuk Grafik – STRP, STUD,STRG & MARA PETRONAS
iii.      Kejuruteraan Awam Bangunan – SKBN, SKLS, SKSB & STBP
6.5      Peserta diminta untuk menyediakan 1 salinan kertas projek atau penyelidikan dan dibawa ke tempat pertandingan.
6.6      Setiap kertas projek atau penyelidikan perlu disertakan bersama 1 salinan  abstrak/ringkasan projek.  (abstrak/ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam satu muka surat kertas bersaiz A4).
6.7      Hasil ciptaan produk akan menjadi hak milik IKM Sg. Petani.
6.8      Kos perbelanjaan hasil produk adalah ditanggung oleh program melalui pembelian bahan.
6.9      Semua borang penyertaan yang lengkap serta abstrak hendaklah dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya pada 28 Julai 2011(Khamis).

7.        PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK
·                Gunakan Kertas A4
·                Gunakan font Times New Roman atau Arial Narrow
·                Tajuk  ditulis dengan font bersaiz  18, bold, tengah
·                Nama pelajar dan penasihat ditulis dengan font bersaiz 14, tengah
·                Tajuk utama : 14, bold, sebelah kiri
·                Subtajuk utama : 12, bold, sebelah kiri
·                Penulisan dan penerangan : font bersaiz 12
·                Gunakan selang 1.5
·                Pastikan margin 2 cm pada setiap sisi kiri kertas
·                Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul.
·                Laras bahasa dan format penulisan perlu diedit dan disemak sebelum penghantaran laporan dibuat.

8.        FORMAT KERTAS KAJIAN

Muka surat
Penerangan
Tajuk Projek
Nyatakan tajuk projek, nama peserta, penasihat dan kursus. Tajuk perlu ditulis dengan ‘bold’ dan mudah dibaca.
Abstrak
Ringkasan kepada keseluruhan projek/produk.
Isi kandungan
Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik. Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung kiri setiap muka surat.
Penghargaan
Senaraikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan projek.
Pengenalan
Latar belakang projek.
Metodologi/ Proses Kajian
Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, prosedur yang dijalankan.
Eksperimen
Terangkan metodologi yang digunakan untuk pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto atau lakaran bahan projek.
Hasil kajian
Analisi data, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.
Perbincangan dan kesimpulan
Bahagian terpenting. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada. Ringkasan keputusan perlu spesifik.
Rujukan
Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format tertentu.
(Contoh: Tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat, dsb.)
Apendiks
Rajah, Jadual, gambar, graf dan apa sahaja bahan visual yang diperolehi dari eksperimen yang dijalankan.


9.        SYARAT-SYARAT PAMERAN DAN PERTANDIGAN.           
9.1      Semua produk atau projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan.
9.2      Pihak urusetia berhak untuk membatalkan penyertaan projek sekiranya ianya tidak berkaitan dengan kategori pada hari pertandingan.
9.3      Setiap penyertaan perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Projek .
9.4      Semua keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
9.5      Laporan projek perlu dihantar dalam bentuk ‘hard copy’ kepada pihak urusetia pada atau sebelum 7 September 2011(Rabu).

10.     HADIAH
Sijil Penyertaan disediakan untuk semua peserta dan Wang saguhati untuk 3 pemenang untuk setiap kategori.

11.     KRITERIA PEMARKAHAN

Komponen
Kriteria
Peratus(%)
A)  Kritikal
Kefungsian projek
Berfungsi/Tidak berfungsi
B)  Pameran Projek (25%)
Menggunakan pengetahuan dan prinsip kejuruteraan
10
Menggunakan komputer atau teknikal dan grafik
05
Keaslian/ Kreativiti/ Inovasi yang digunakan
10
C)  Penyampaian laporan (25%)
Kemahiran penyampaian solo/ berpasukan
10
Kemahiran teknikal dan kretiviti
05
Kemahiran interaksi dan menjawab soalan
05
Personaliti keseluruhan
05
D)  Penulisan Laporan (25%)
Abstrak
05
Pengenalan/ Tinjauan Literature
05
Methodologi
05
Keputusan, Hasil dapatan dan Perbincangan
05
Kesimpulan dan Cadangan Kajian
05

E)  Projek Signifikan (25%)



Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan
10
Sumbangan kepada keperluan dan penyelesaian masalah dalam aktiviti seharian
10
Kesan kepada kualiti, penjimatan, keselamatan alam sekitar dan pengguna/masyarakat
05

12.     PENYAMPAIAN LAPORAN KAJIAN
Pelajar diberi masa selama  10 minit sahaja untuk membentangkan hasil kajian di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.

13.     HAKIM
Hakim akan dipilih dari pihak dalam institut. Keutamaan diberi kepada mereka yang telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan / negara.

14.     TENTATIF PROGRAM

TARIKH
WAKTU
28/9/2011
(RABU)
29/9/2011
(KHAMIS)
08.30 am ~
10.00 am
Pendaftaran peserta
Penghakiman & pameran
10.00 am ~
10.30 am
REHAT / MINUM PAGI
10.30 am ~
12.30 pm
Pemasangan bahan pameran
Penghakiman & pameran
12.30 pm ~
02.30 pm
REHAT / SOLAT / MAKAN TENGAHARI
02.30 pm ~
04.30 pm
Pemasangan bahan pameran
Kemas bahan pameran / housekeeping



15.     PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak kami  agar program  Pertandingan Rekacipta & Inovasi ini dapat diteruskan. Pihak kami yakin bahawa dengan program ini ia mampu memberi sumbangan besar pada IKM Sg. Petani dalam memperkembangkan kemahiran dikalangan pelajar dan pengajar.  Ini juga turut membantu dalam agenda mempromosikan IKM Sg. Petani kepada masyarakat  luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan